KRT 3013
TELNOLOGI MAKLUMAT
Sidang Akedemik 2011/2012
Semester 2
TUGASAN 1
Pensyarah : dr. Balakrishnan muniandy
Tugasan 1 (15 markah)
Sila sediakan satu kertas kerja cadangan penubuhan satu jawatankuasa atau pasukan perancangan bagi tujuan mengintegrasikan sumber teknologi ICT di sekolah anda untuk tempoh 5 tahun akan datang. Sekiranya jawatankuasa ICT di sekolah anda sudah dibentuk, sila sediakan satu laporan penilaian lengkap dengan mengkaji keberkesanan perancangan dan hala tuju yang ada serta mencadangkan penambahbaikan yang baru.
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA ICT
1. PENDAHULUAN
Perancangan ICT Sekolah
Seperti yang kita tahu teknologi ialah merupakan pemudahcara kerja manusia. Namun begitu, tanpa manusia yang menggerakkannya, teknologi tidak bermakna langsung dan ianya sia-sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Visi, misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa-apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperolehi dari pelbagai sumber. Bagi sekolah SK Kibabaig, bilik akses murid dan bilik akses guru merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan ICT. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri. Bagi guru, ia memudahkan mereka untuk mencari maklumat secara online dan mengaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa. Dimana murid boleh menggunakan kemudahan bilik akses murid pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Pusat akses sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
2. PERANCANGAN JANGKA PANJANG PROGRAM ICT SEKOLAH
Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah akan menggariskan secara umum pencapaian yang dihasratkan dalam masa lima tahun. Hasrat ini boleh merangkumi tiga aspek berikut:
Ø Penghasilan warga sekolah yang celik ICT.
Ø Peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kelas bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Ø Peningkatan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
3. VISI
Memastikan tenaga pengajar sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.
4. MISI
v Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ICT dalam pembelajaran.
v Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
v Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, tearah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
5. MATLAMAT
v Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
v Mengurangkan nisbah computer dengan murid
v Meningkatkan masa penggunaan computer oleh murid
6. OBJEKTIF
v Meningkatkan kemahiran murid dalam mencari maklumat menggunakan computer.
v Membolehkan murid melaksanakan pembelajran kadar kendiri, terarah diri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
v Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untuk pembelajaran.
7. KUMPULAN SASARAN
v Semua Kakitangan Sekolah (Pentadbir, Guru dan Staf Sokongan)
v Semua murid SK Kibabaig, Penampang
8. STRATEGI PELAKSANAAN
1. Mengadakan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa kecil.
2. Mewujudkan jawatankusa perlaksana ICT Sekolah.
3. Melantik pengerusi jawatankusa perlaksana.
4. Merangka dan merancang dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah
5. Mengenal pasti lokasi yang sesuai.
6. Merangka jadual waktu bergilir mengikut kelas untuk penggunaan bilik akses murid.
7. Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
8. Memastikan semua aspek keselamatan diutamakan.
9. Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) :




10. Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
9. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PUSAT AKSES SEKOLAH
PENASIHAT
EN. JAINAL LEBAR
GURU BESAR
PENGERUSI
PN. RASINAM MUNTHU
PENOLONG KANAN 1
SETIAUSAHA
PN. ANNIE ANTHONY
GURU PUSAT SUMBER
PENOLONG SETIAUSAHA
CIK KHOR SAI AI
GURU PENYELARAS ICT
AJK
PN. SUZI MAHMUD PN ANNIE ANTHONY EN. FRANKIE GIDJU
PANITIA BM PANITIA BI PANITIA SAINS
PENGAWAS PUSAT SUMBER
FELLERY JAMES OSMAN OMAR DYNE CLARE YENON
ROSDIANA ABDL KARIM DELVIN COLIN FADELINA CLARISSA
10. CADANGAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PUSAT AKSES SEKOLAH
Penasihat
Ø Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah
Ø Memastikan perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti berjalan dengan lancar.
Ø Memantau pelaksanaan aktiviti pusat akses sekolah dari semasa ke semasa.
Pengerusi
Ø Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti pusat akses sekolah sepanjang tahun
Ø Memastikan dasar penggunaan pusat akses sekolah di peringkat sekolah dipatuhi
Ø Memastikan pelaksanaan aktiviti pusat akses sekolah berjalan dengan lancar.
Ø Memantau penggunaan dan keberkesanan pusat akses sekolah
Setiausaha
Ø Melaksanakan dasar penggunaan pusat akses sekolah di peringkat sekolah.
Ø Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
Ø Menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
Ø Mengurus iventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada unit ICT PPD/PPG dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaran.
Ø Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
o Syarikat pembekal peralatan ( dalam tempoh jaminan )
o Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Ø Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah
Ø Memastikan pusat akses sekolah digunakan dengan berkesan
Ø Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Ø Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan.
Ø Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Penolong Setiausaha
Ø Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
Ø Menyediakan peraturan penggunaan pusat akses sekolah.
Ø Memastikan penggunaan pusat akses sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci pusat akses sekolah perlu disediakan.
Ø Memastikan aktiviti pusat akses sekolah berjalan dengan lancar.
Ø Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
Ø Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
Ø Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
Ahli Jawatankuasa
Ø Melaksanakan program atau aktiviti yang telah dirancang
Ø Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
Ø Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
Ø Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL)
Ø Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah
Ø Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan membantu Jawatankuasa mengurus Pusat Akses Sekolah.
11. LAPORAN PERLAKSANAAN PUSAT AKSES SEKOLAH
Penubuhan Pusat Akses Sekolah di sekolah SK Kibabaig, sedikit sebanyak telah memberi kebaikan kepada semua pihak di sekolah ini. Bagi murid, mereka telah mahir dalam menggunakan ICT dalam mencari maklumat dengan sendiri. Maklumat yang dicari juga berkaitan dengan aktiviti pembelajaran yang mereka sedang pelajari. Secara tidak langsung, visi, misi dan matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan baik. Guru juga mendapat kebaikan dengan adanya Pusat Akses Sekolah ini. Dimana guru dapat mencar maklumat yang terkini dengan mudah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan mudah dan teratur.
Kekuatan
Pusat Akses Guru ini berjaya dilaksanakan kerana
- Suasana dalam Pusat Akses Sekolah ini amat kondusif dan sesuai digunakan.
- Pusat Akses juga dibekalkan dengan pengawa dingin
- Kerjasama daripada ahli Jawatankuasa sangat memuaskan bagi menjayakan Pusat Akses Sekolah ini.
- Tidak lupa kepada pihak pentadbir juga yang memberi sokongan yang positif.
Kelemahan
1. Masa jadual waktu penggunaan pusat akses yang amat terhad bagi setiap kelas.
2. Talian server yang selalu bermasalah.
3. Komputer yang sedia ada lambat sistemnya.
12. Cadangan Penambahbaikan
Untuk menarik lebih ramai pengguna dalam pusat akses ini, ahli jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah yang timbul. Jadual waktu yang sedia ada juga haruslah ditambah masanya supaya murid mempunyai masa untuk mencari maklumat yang mereka cari. Pihak sekolah juga telah meminta pihak TM-Net untuk mengenalpasti server yang bermasalah dan membaikinya terus. Komputer yang lambat sistemnya juga telah dibaiki oleh juruteknik sekolah. Secara keseluruhannya semua masalah yang timbul dapat dikenalpasti dan dapat diselesai dengan cepat. Diharapkan Pusat Akses Sekolah SK Kibabaig ini sentiasa mendapat sambutan yang baik dan secara tidak langsung membantu peningkatan keputusan peperiksaan di sekolah.