Ulasan Jurnal


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ABSTRAK

Melalui penulisan jurnal Novie Adilah Binti Sondig yang bertajuk “Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak” ini, penulis menekan tentang kesediaan kurikulum pendidikan awal terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak yang terlibat antara dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun bagi mengetahui konsep kesediaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun ini hendaklah diberi perhatian sepenuhnya supaya mereka tidak ketinggalan seperti kanak-kanak yang lain. Kaedah penyelidikan adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan keadah pemerhatian dan temu bual. Penulis juga menyatakan bahawa respondan yang digunakan dalam kajian ini ialah guru-guru dibawah pusat asuhan dan penjagaan awal kanak-kanak bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah ditemubual secara rawak. Hasil kajian didapati bahawa dalam kurikulum pendidikan ini, usia awal kanak-kanak telah dibahagikan kepada lima peringkat perkembangan awal kanak-kanak iaitu setiap peringkat perkembangan awal kanak-kanak tersebut mempunyai tahap keperluan dan kehendak yang berbeza mengikut persekitaran mereka. Kurikulum pendidikan ini telah dirancang dengan sistematik iaitu memfokuskan setiap modul dalam setiap tahap perkembangan yang bersesuaian denagan aktiviti pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak. Kesimpulannya, sistem kurikulum pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini adalah wajar dilaksanakan kerana kebanyakkan pengalaman pembelajaran memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera.


PENGENALAN
Dalam jurnal ini juga, penulis menerangkan tentang kepentingan pembelajaran awal kanak-kanak adalah terbukti dengan kajian kajian lepas dari penyelidikan yang sangat menyokong pentingnya setiap negara memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak untuk kejayaan ekonomi dan produktiviti negara pada masa hadapan. Ini adalah kerena pendidikan bermula dari kanak-kanak itu dilahirkan lagi. Oleh itu kita hendak memberikan kanak-kanak didunia ini dengan pendidikan yang secukupnya demi menjamin masa depannya sendiri dan juga entuk produktiviti Negara. Naomi Karp (2000) dari national institute on early Childhood Development and Education, USA merumuskan kajiannya “ high quality early childhood program has long-term effect on young children’s success in school and perhaps even later in life”. Kajian pendidikan awal membuktikan bahawa penyelidik neurosains telah mengkaji otak kanak-kanak, didapati pembentukan kecerdasan bermula dari sejak kanak-kanak lahir. Menurut Bredekamp & Copple (1997) menyatakan bahawa dalam 3 tahun pertama kehidupan, anak-anak belajar, atau gagal untuk belajar, cuba untuk bergaul dengan orang lain, cuba untuk menyelesaikan pertikaian secara damai, bagaimana menggunakan bahasa sebagai alat belajar dan presepsi dan bagaimana untuk menjelajahi dunia tanpa rasa takut. Penyelidikan otak mendedahkan bahawa sebahagian besar Sambungan yang akan dipertahankan ke seluruh kehidupan yang terbentuk selama masa kanak-kanak.. Menurut Gable (2001) menyatakan bahawa dalam sinaps yang banyak digunakan menjadi sebahagian kekal dari otak. Di sinilah pengalaman memainkan peranan penting dalam jaringan otak kanak-kanak. Hal ini bermakna, lebih banyak dan kerap kanak-kanak diransangkan, maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu untuk memupuk dan membentuk kanak-kanak yang sempurna, maka kurikulum pendidikan yang ada sekarang perlu menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran dan interaksi sosial kepada kanakkanak supaya lebih banyak sinaps terbentuk dan kekal. Sehingga kini, telah banyak kajian dilakukan tentang perkembangan awal kanak-kanak yang lebih menfokuskan secara holistik. Dalam penyelidikan kajian ini akan lebih memberi fokus aspek perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif bagi pendidikan awal sains kanak-kanak di Malaysia, Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada aspek perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam mengetahui kadar tahap perkembagan diri kanak-kanak dalam aspek yang dikehendaki. Disini peranan ibu bapa amatlah penting untuk menghantar anak mereka ke taska, prasekolah ataupun tadika untuk mendapatkan pendidikan awal.

KAEDAH KAJIAN
Penulis jurnal ini menerangkan bahawa penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif. Kajian ini adalah untuk meneroka konsep. Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kerana penyelidik dapat memahami sesuatu fenomena tentang proses pemupukan perkembangan kognitif , psikomotor dan afektif kanak-kanak (Wiersma 2005). Kajian kes dapat menjawab persoalan kajian tentang “mengapa dan bagaimana” (Yin 1994). Secara khususnya mengapa kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dipercayai dapat membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif  mereka. Kajian ini adalah untuk mendapatkan konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan keadah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan temu bual dan pemerhatian kerana penyelidik mempunyai maklumat tentang isu yang dikaji berdasarkan tinjauan literatur (Cavana et al. 2001). Kaedah ini membolehkan pengkaji berinteraksi dengan subjek kajian (Wiersma 2005). Sebelum mengadakan temu bual ini, penyelidik telah membuat perancangan awal bagi menguruskan sesi temu bual menggunakan pendekatan logik.  Semua data yang dikumpul semasa sesi temu bual. Sampel kajian dipilih secara bertujuan dengan pemilihan peserta secara tipikal iaitu pengkaji menentukan spesifikasi responden yang tipikal (Cavana et al. 2001). Para pendidik program pendidikan permata dipilih menjadi peserta temu bual kerana pengalaman lebih 5 tahun menjadi tenaga pengajar    menunjukkan bahawa mereka telah melalui waktu kritikal iaitu peringkat permulaan usaha pembentukkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak (Kuratko & Hodgetts (2004). Justeru mereka ini dianggap sebagai pakar dan dijangka dapat memberikan pengetahuan dan mampu memberikan maklumat yang diperlukan.

PENGUMPULAN DATA
Penulis menyatakan bahawa data dikumpulkan menggunakan kaedah temubual dengan guru-guru prasekolah yang dipilih secara sengaja untuk melakukan proses temu bual ini bagi mendapatkan data . Data yang dikumpulkan adalah mengenai kaedah menyampaian pengajaran, keberkesanan kaedah pedagogi yang digunakan, kesan terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanakkanak tersebut. Selanjutnya, dilakukan penilaian terhadap hasil keseluruhan penerapan pendidikan awal kanak-kanak.

PERBINCANGAN ATAU KRITIKAN
Hasil perbincangan daripada jurnal “Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak”. Penulis jurnal secara keseluruhannya menerangkan kaedah ataupun pedagogi yang digunakan dalam penyampaian pendidikan awal kanak-kanak ialah belajar melalui bermain, yang mana belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yang menawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak, termasuk perkembangan kemahiran fizikal, sosial, emosi, intelek dan estetika. Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Respondan berpendapat bahawa belajar melalui bermain merupakan keadah yang berkesan dan sesuai diterapkan kepada kanak-kanak. Keadah ini berkesan kerana Proses Pendidikan pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Oleh itu, kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Antara teori-teori yang menerangkan pedagogi belajar melalui bermain ialah Parten Social play,
Piaget’s states of play, Vygotsky’s sosial play, Smilansky’s sosio-dramatic play dan Garvey’s language play. Secara keseluruhanya, aspek peubahan kognitif kanak-kanak yang dapat dilihat pada mereka adalah akan berlaku dari segi kebolehan kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis. Berasaskan kepada pedagogi pengajaran yang belajar melalui bermain, mengikut Piaget ( 1962) keupayaan adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur kognitif yang dipanggil sebagai skema. Teori kognitif Piaget meliputi dua proses iaitu proses asimilasi ialah mengadaptasikan kemahiran baru untuk menyesuaikan dengan kemahiran yang telah sedia ada
dalam struktur kognitif nya dan proses akomandasi ialah mengubahsuaikan kemahiran baru dalam struktur kognitifnya. Dalam aktiviti “main” ia merupakan proses asimilasi yang utama kerana kemahiran asas bermain telah sedia ada dalam struktur kognitifnya. Selain itu, balajar melalui bermain membawa peluang kepada kanak-kanak memperolehi pengalaman baru agar diadaptasi
dalam struktur kognitif mereka. Secara holistiknya, aspek perubahan psikomotor yang jelas berlaku dalam diri kanak-kanak berdasarkan pedagogi penyampaian pendidikan awal yang dilaksanakan ialah melibatkan kemahiran
menggunakan anggota badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan memusingkan badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Respondan menyatakan perkembangan ini dapat dipupuk melalui keadah bermain dengan objek. Menurut Piaget ( 1962), aktiviti ini berlaku apabila kanak-kanak yang berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan. Oleh itu, main dengan objek biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 bulan. Semasa kemahiran sensorimotor kanak-kanak bertambah maju mengikut kadar pertumbuhannya, bahanbahan mainan menjadi lebih canggih, mainan yang boleh bergerak dan sebagainya. Manakala aspek perubahan afektif yang ketara berlaku dalam diri kanak-kanak setelah melalui pengalaman pembelajaran pendidikan awal ialah melibatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak yang akan dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan kelak. Menurut maklumat dari respondan, sesuai dengan perkembangan semasa sekarang, kefahaman mereka dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak membantu menangani masalahmasalah sosial dan emosi yang semakin meruncing kini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan penyelidik, salah satu pembelajaran yang dipercayai dapat memupuk perkembangan emosi kanakkanak ialah melalui aktiviti main koperatif. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan kanak-kanak berumur dalam 3-4 tahun yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. Aktiviti pembelajaran kperatif ini mengalakkan sekumpulan kanak-kanak berkerjasama membina sebuah bangunan dikelilingi oleh dinding dengan pasir. Masing-masing diantara mereka
telah diagihkan tugas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Menurut kajian Piaget( 1962) pola main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial. Oleh itu, kajian dapatan mendapati aktiviti ini banyak memupuk ciri sosial dalam hidup nyata seperti kerjasama, komunikasi dan interaksi sosial dapat dipupuk dan dipehatikan.    Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pembelajaran main koperatif memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek dan sosial secara amnya dan afektif secara keseluruhan khasnya.  Hasil pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak secara keseluruhan yang diharapkan setelah melalui proses pembelajaran berdasarkan maklumbalas respondan adalah dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio-ekonomi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkayakinan diri dan budi perkerti yang baik. Penulis juga menerangkan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak juga dapat melahirkan kanak-kanak yang mahir berkominikasi, mudah berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra sains. Melalui pendidikan awal kanak-kanak juga dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, secara keseluruhannya hasil penyelidikan ini adalah memenuhi objektif kajian yang dilakukan yang mana perkembangan awal kanak-kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak. Pengajaran yang telah diperolehi daripada penyelidikan ini adalah timbulnya kesedaran bahawa bidang pendidikan ialah bidang ilmu yang membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak dibimbing dengan kehidupan bermasyarakat. Pendidikan awal ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu dibimbing untuk menghubungkan fakta dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke pendidikan adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. Secara keseluruhanya, berdasarkan daripada hasil dapatan dan perbincangan berdasarkan sesi temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, mencadangkan bahawa sebagai seorang guru kita perlulah peka terhadap perubahan kognitif, fizikal dan emosi yang dipamerkan oleh awal kanak- kanak. Guru perlu memberikan banyak aktiviti membina dan galakkan yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak. Apabila mereka berjaya melakukan setiap aktiviti tersebut, guru perlu memberikan pujian dan penghargaan walaupun usaha yang dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka. Melalui penulisan jurnal oleh Novie Adilah Binti Sondig ini juga, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana tahap pemikiran dan  tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.


*yang atas tidak boleh copy yer.....yang bawah boleh ^^

“Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa”,


ABSTRAK

Melalui penulisan jurnal Liew Ping Yee dan Manisah Mohd. Ali yang bertajuk “Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa”, mereka menekan tentang perspektif ibu bapa terhadap penggunaan amalan dari segi intervensi, penyampaian perkhidmatan dan penglibatan keluarga dalam program intervensi awal yang diterima oleh kanak-kanak autistik. Mereka memperolehi data dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual. Data soal selidik dianalisis secara deksriptif yang melibatkan peratusan, manakala data temu bual dianalisis dan ditranskripsikan secara verbatim. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa terapi pertuturan merupakan intervensi yang paling banyak diterima oleh kanak-kanak autistik. Kesan intervensi menunjukkan adanya perubahan dalam perkembangan kanak-kanak autistik. Walaupun ada penglibatan keluarga dalam program intervensi awal yang dijalankan, namun kajian mendapati biasanya hanya ibu seorang sahaja yang melibatkan diri. Dapatan kajian memberi implikasi kepada kepentingan perancangan program dan penglibatan ibu bapa dalam program intervensi untuk anak-anak mereka.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep kesediaan kurikulum pendidikan awal terhadap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak yang
terlibat antara dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun bagi mengetahui konsep kesediaan kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak.
Keadah penyelidikan adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan keadah pemerhatian dan temu
bual. Respondan yang digunakan dalam kajian ini ialah guru-guru dibawah pusat asuhan dan
penjagaan awal kanak-kanak bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah ditemubual
secara rawak. Hasil kajian didapati bahawa dalam kurikulum pendidikan ini, usia awal kanak-kanak
telah dibahagikan kepada 5 peringkat perkembangan awal kanak-kanak iaitu setiap peringkat
perkembangan awal kanak-kanak tersebut mempunyai tahap keperluan dan kehendak yang berbeza
mengikut persekitaran mereka. Kurikulum pendidikan ini telah dirancang dengan sistematik iaitu
memfokuskan setiap modul dalam setiap tahap perkembangan yang bersesuaian denagan aktiviti
pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak. Kesimpulannya, sistem kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak pada masa kini adalah wajar dilaksanakan kerana kebanyakkan pengalaman
pembelajaran memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan
menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera.

PENGENALAN
Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga. Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun.  Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas merujuk kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Didalam jurnal ini juga dinyatakan bahawa kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada kategori bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak berkeperluan khas. Tujuan intervensi awal ini juga boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialamai dan juga mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius. Intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Selain daripada itu, penulis jurnal juga menyatakan keyakinan murid akan meningkat dan ia juga mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh yang demikian, mereka menyatakan bahawa pelaksanaan intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dikalangan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Jurnal ini juga menjelaskan tentang tiga jenis ketidakupayaan kanak-kanak autistik iaitu ketidakupayaan imaginasi, ketidakupayaan komunikasi sosial dan ketidakupayan interaksi sosial. Selain dari itun kanak-kanak autistik juga mengalami masalh tingkah laku, keminatan dan aktiviti yang terbatas dan berulang. Jurnal ini juga menyatakan bahawa  Wing (1988) telah memperkenalkan satu konsep yang lebih luas, iaitu Kecelaruan Spektrum Autistik atau Autistik Spectrum Disorder (ASD). Oleh itu, kelambatan perkembangan atau kefungsian yang tidak normal pada sekurang-kurangnya satu ciri ketidakupayaan tersebut sebelum umur tiga tahun pada seorang kanak-kanak akan dikenal pasti mengalami ketidakupayaan autistik berdasarkan DSM-IV (American Psychiatry Association). Coalition for Evidenced-based Policy di Amerika Syarikat (Council for Excellence in Government 2002) menggalakkan pelaksanaan intervensi yang berasaskan kajian empirical. Walau bagaimanapun terapi yang tidak berasaskan kajian empirikal berkemungkinan mengakibatkan kesan negatif ke atas kesihatan, tingkah laku dan kualiti hidup kanak-kanak autistik, malah kualiti hidup ahli keluarga. Disebabkan oleh itu, satu kajian yang bertujuan untuk meninjau perspektif ibu bapa ke atas penggunaan amalan dalam program intervensi awal dari segi penerimaan, cara penyampaian perkhidmatan dan bentuk penglibatan keluarga terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dijalankan.





PERBINCANGAN ATAU KRITIKAN
Hasil perbincangan daripada jurnal “Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa” ini, penulis menitik beratkan tiga elemen utama iaitu jenis intervensi yang diterima, cara penyampaian perkhidmatan kepada kanak-kanak autistik dan bentuk penglibatan keluarga itu sendiri. Perbincangan menekankan bahawa betapa pentingnya kerjasama antara pihak pelaksana atau institusi dengan ibu bapa kanak-kanak autistik Peratusan digunakan untuk mengukur jenis intervensi yang diterima, penilaian terhadap intervensi yang diterima, cara penyampaian perkhidmatan dan bentuk penglibatan keluarga. Kaedah yang digunakan juga haruslah sesuai dan selamat supaya tidak meninggalkan kesan negatif kepada kanak-kanak autistik. Ibu bapa juga secara langsung melibatkan diri untuk memerhatikan perjalanan intervensi antara pembekal perkhidmatan dengan anak masing-masing. Semasa menjalankan intervensi terhadap anak, didapati bahawa ibu bapa tidak semestinya mengetahui teknik atau cara pengajaran yang digunakan kerana mereka hanya mengikut apa yang belajar dari pembekal perkhidmatan sahaja. Secara keseluruhan, penglibatan keluarga didapati masih tidak menyeluruh. Beberapa faktor yang menentukan penglibatan ini, antaranya, seperti sikap ibu bapa dan pembekal perkhidmatan, pengetahuan ibu bapa terhadap kepentingan penglibatan keluarga atau informasi yang berkaitan dengan autistik dan faktor kewangan. Kanak-kanak autistik ini juga tidak terlepas daripada mangsa penderaan. Oleh yang demikian, sebagai manusia kita hendaklah berfikiran waras dan bukannya membiarkan perkara ini berlaku.

JENIS INTERVENSI YANG DITERIMA DAN PENILAIAN INTERVENSI
Penulis jurnal ini juga menyatakan bahawa penganalisisan data dijalan dengan menggunakan skala likert, iaitu (SS) untuk sangat setuju, (S) untuk setuju, (TS) untuk tidak setuju dan (STS) untuk sangat tidak setuju dan penganalisisan data dijalankan terhadap jenis intervensi yang diterima oleh kanak-kanak autistik. Dalam jurnal ini menilai terapi pertuturan merupakan intervensi yang paling banyak diterima, iaitu sebanyak 70% daripada kanak-kanak autistic yang dapat menerimanya. Selain itu, intervensi-intervensi seperti komunikasi augmentative (54%), sokongan tingkah laku (50%), terapi cara kerja (52%) dan latihan untuk ibu bapa (50%) juga mendapat peratusan yang tinggi jika dibandingkan dengan intervensi lain. Walaupun bilangan responden yang menjalankan latihan percubaan diskrit dan integrasi sensori ke atas anaknya kurang daripada 50%, tetapi kedua-dua intervensi ini masih mencapai peratusan lebih daripada 40%, iaitu 44% dan 42%. Kanak-kanak autistik yang menerima intervensi pembantu dalam kelas (26%), konsultasi pakar (32%), perkhidmatan inklusif (30%), rawatan perubatan (24%) dan sokongan sosial (34%) adalah tidak banyak berdasarkan dapatan kajian. Intervensi yang paling kurang dipakai ialah perkhidmatan rumah (10%), terapi muzik (10%) dan pengasingan dari kelas (4%). Jadual 1 juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden berpendapat bahawa intervensi-intervensi yang dijalankan adalah berkesan dan menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak autistic kecuali rawatan perubatan. Sebanyak 66.7% daripada responden yang menerima rawatan perubatan menafikan keberkesanannya. Ibu bapa dapat berkerjasama untuk memulakan intervensi terhadap anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak autistik ke pusat latihan yang berkenaan untuk menerima intervensi lebih daripada satu pusat latihan.Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis intervensi adalah diterima oleh kanak-kanak autisitk secara serentak. Jenis intervensi yang diterima di pusat latihan adalah bergantung kepada teknik yang dipakai dan cara pelaksanaan pembekal perkhidmatan. Dapatan daripada jurnal ini mengemukakan bahawa fokus pembelajaran di pusat-pusat latihan adalah lebih kurang sama, iaitu lebih menekankan kemahiran motor halus, koordinasi mata tangan, kemahiran sensori dan kemahiran kognitif. Selain daripada pusat latihan ini, kanak autistik juga akan dihantar ke sekolah yang ada pendidikan khas. Jurnal ini juga menunjukkan bahawa rawatan perubatan merupakan intervensi yang jarang diterima dan kurang keberkesan. Selain daripada yang diatas, jurnal ini juga menerangkan bahawa terdapat  intervensi lain seperti latihan ibu bapa, terapi cara kerja, sokongan tingkah laku, latihan percubaan diskrit, sokongan sosial dan perkhidmatan inklusif yang didapati sebagai intervensi yang efektif bagi kanak-kanak autistik oleh kajian lepas telah diamalkan oleh ibu bapa dalam kajian ini. Namun didapati intervensi sokongan sosial, sokongan tingkah laku dan perkhidmatan inklusif kurang diterima oleh kanak-kanak autistik dalam kajian ini walaupun mereka mengalami defisit dalam kemahiran komunikasi dan sosial serta masalah tingkah laku. Keadaan in mungkin wujud disebabkan oleh pengabaian pembekal perkhidmatan dan ibu bapa dan kekurangan pengetahuan pembekal perkhidmatan dan ibu bapa terhadap intervensi tertentu.

CARA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Secara keseluruhannya intervensi awal ini mendapat responden yang baik dan secara tidak langsung cara penyampaiannya pastilah memuaskan. Jurnal ini menyatakan bahawa penyampaian perkhidmatan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, antaranya ialah laporan kemajuan, latihan atau kursus, perancangan untuk keluarga dan banyak lagi.  Jurnal ini juga mendapati bahawa sesetengah pusat latihan menggalakkan kehadiran ibu bapa bersama dengan anak apabila belajar di pusat latihan. Dengan itu, ibu bapa berpeluang menyertai aktiviti bersama dengan anak dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di pusat latihan. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan sebagai pembantu anak dalam kelas. Namun, terdapat juga pusat latihan yang tidak membenarkan kehadiran ibu bapa dalam kelas dengan alasan bahawa anak adalah lebih bergantung kepada ibu bapa dengan kehadiran mereka. Walaupun terdapat ibu bapa yang mengatakan bahawa kehadiran mereka di kelas memberi kesan negatif kepada penglibatan anak dalam program namun ada ibu bapa bersetuju kehadiran mereka dalam kelas membolehkan mereka mengetahui cara pengajaran guru, isi pembelajaran dan prestasi serta perkembangan anak. Selain pusat latihan, ada juga tadika yang dihadiri membenarkan kehadiran ibu bapa atau penjaga semasa pembelajaran untuk tujuan mengurangkan gangguan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak autistik seperti masalah disiplin dan masalah pengurusan diri supaya guru boleh menumpukan perhatian dalam pengajaran.

ULASAN
Kanak-kanak autistik merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Oleh itu sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Selain daripada itu pusat latihan intervensi awal juga hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membantu kanak-kanak autistik ini. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sember dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Selain daripada itu, berdasarkan Undang-Undang Malaysia AKTA 611 semua kanak-kanak mendapat perlindungan yang sewajarnya. Oleh itu pihak sekolah, intitusi latihan, ibu bapa dan masyarakat haruslah bekerjasama untuk membantu kanak-kanak autistik di negara kita ini. Kanak-kanak autistik yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh guru-gurujalankan ialah terapi.  Akta 611 melalui seksyen 28(1) telah mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada pelindung jika mereka mempunyai alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah dan sebagainya juga boleh digunakan apabila terdapat pusat latihan yang memberi perkhidmatan yang meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak autistik ini. Kanak-kanak autistik ini juga memerlukan kasih saying yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain dan bukannya menjadi mangsa penderaan dirumah atau dimana-mana. Sesiapa yang ternampak anak-anak autistik ini didera hendaklah melaporkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Kegagalan mana-mana ahli keluarga itu untuk memaklumkan perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku di dalam rumah yang didiaminya merupakan satu kesalahan. Namun begitu, jika disabitkan, ahli keluarga yang berkenaan boleh dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang ditentukan oleh mahkamah. Hanya setelah ahli keluarga ini tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan di dalam bon berkenaan, barulah mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pihak kerajaan juga haruslah menyediakan lebih banyak sekolah pendidikan khas bagi memudahkan keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka ke pusat latihan untuk menghantar kesekolah. Ini adalah kerana kos untuk menghantar anak-anak autistik kepusat latihan adalah amat mahal. Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 40 dan seksyen 41 dilihat kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.